Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label pre-wedding. Show all posts
Showing posts with label pre-wedding. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

adobe photoshop action!

salam hujung minggu.

siapa suka retouch gambar angkat tangan! heh. Jaja ada benda best untuk siapa yang suka retouch gambar sendiri. especially siapa yang guna adobe photoshop. Jaja guna CS2. ok Jaja tau orang dah tak pakai CS2. orang laen dah ada CS5!

sekarang Jaja berusaha keras retouch gambar pre-wed Jaja pakai CS2 yang dah lapok ni. yang tak best Jaja tak pandai pun sebenarnya. tapi sejak berkenalan dengan PS action (photoshop action) Jaja boleh buat segala mak nenek punya photo retouch. chantek! sangat sesuai untuk mereka yang nak edit gambar yang banyak dan cepat. jom layan beberapa gambar yang Jaja edit secara express pakai PS action ni.

gambar sebelum retouch

retouch 1

retouch 2

retouch 3

retouch 4

retouch 5

retouch 6

Jaja buat ni dalam masa tak sampai 15 minit! so siapa yang berminat boleh la taip kat encik goggle photoshop action. dan download! Jaja suka download kat sini.

good luck!

Saturday, December 18, 2010

back to school pre-wedding

uh hari sabtu yang penat. hari ni Jaja dan encik b pegi photo shooting pre-wedding! impian kami tercapai untuk buat pre-wedding zaman sekolah. yelah kami kan kawan sejak dari darjah 1 lagi. jadi macam best kalau boleh abadikan kenangan zaman sekolah di hari perkahwinan kami nanti. 

so cite sal pre-wedding. pagi tadi kami ke SMK Bachok. sekolah Jaja masa form 1, 4 & 5. encik b sekolah sini sekejap je pastu beliau curang ke MRSM YT. kul 9.30 Jaja, encik b dan sorang kawan, cik Eda sampai untuk mengusya lokasi yang sesuai. janji ngan kawan Jaja, encik Zaki merangkap photographer kami kul 10. datang jugak sorang kawan dia, jugak photographer diberi nama encik Julat. paling best, menyusul lak tunang encik Zaki, Fiza. kawan FB dan blog SGP. sangat teruja sebab first time face to face ngan kawan blog. cewah! 
 
sesi pre-wedding berjalan sampai pukul 12. walaupun hujan tapi shoot gambar tidak menghampakan. sangat senang untuk berposing. kredit kerana photographer yang memang kawan sekolah. Alhamdulillah kami dah boleh get ready untuk banner and wedding center piece.






 
layan babak-babak kami yang diberi nama lagenda budak setan oleh encik b. erk!

tabik kepada kedua-dua photographer :)

Monday, November 1, 2010

kembali ke sekolah

OMG!
soooo adorable.

Encik B tengok betul-betul
saya mau pre-wedding macam ni.
hukhuk. katakan NAK pada ke'cute'an ini!

dan ini juga.

(gambar kredit kepada http://shw.skoodeng.fotopages.com/)

saya nak menangis sekarang.
gambar ini terlalu comel untuk dilihat tanpa menangis!



Saya sudah ada TARIKH!

Ya! Jaja dah CONFIRM tarikh-tarikh penting dalam hidup Jaja
dah berkali-kali tanya ngan family Jaja & family Encik B & Encik Aween

kiranya dah DOUBLE CONFIRM ni tau



12 Mac 2010:
Ijab & Kabul Nurhasliza & Rosmezee

* * *

13 Mac 2010:
Majlis Persandingan Pihak Perempuan

* * *

14 Mac 2010:
Outdoor with Photoaura

* * *

15 Mac 2010:
Majlis Bertandang

* * *

Alhamdulillah tarikh dah pun ada. yang seronoknya kalendar akademik 2011 dah pun keluar dan sekolah mula bercuti pada 11 Mac 2011. harap-harap Jaja dapat apply cuti awal ckit untuk prepare our wedding nanti. Dapat cuti, terus terbang ke Kelantan. wiiii! tapi kalau tak dapat cuti, alamat pengantin perempuan tak berinai la kawen nanti.

huuu simpang Malaikat 44!

Jaja macam nak buat pre-wedding photoshot lah. tapi bila?
Jaja kat Sarawak, kalau nak buat better grab waktu cuti sekolah hujung tahun ni kan?
alamak. idea best datang la pulak.

aiyaakkk. camane nie.
oh tidak! Encik B tolong halang saya berangan!

eh bukan...
Encik B, tolong sponsor angan-angan saya ni cepat
supaya jadi kenyataan!

:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...