Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 23, 2011

shawluscious coming back sale!

salam semua.
tumpang iklan jap di blog sendiri.
 
 
nak info lanjut
boleh layari blogshop jaja di

Sunday, October 30, 2011

DIY : floor pouf

salam.

at last. DIY! gian tau. lama sangat tak menDIY. tapi jaja memang banyakkk sangat wishlist DIY ni. kali ni nak share floor pouf. sesuai untuk rumah yang takde sofa saiz gaban. macam umah sewa jaja ni cuma ada sofa 3 seater. dan sangat santai floor pouf ni. asalnya idea nak DIY beanbag. tapi bean refills tu mak aihh mahal la jugak. buat floor pouf isi kain terpakai 'green' gak kan. poket pun selamat. heh!

bagi yang tak tahu apa itu floor pouf, ni lah rupanya.

 sangat green sebab pouf ni dibuat dengan recycle jeans dan kat dalam pouf ni kita just stuff ngan baju terpakai a.k.a kain buruk!


yang ni pula floor pouf saiz tecik. cute kan. selain boleh buat duduk, boleh jugak buat meja untuk anak baca komik depan tv. takpun untuk mummy dia posing laptop main facebook kan.

tutorial boleh tengok kat link:



jaja dah buat satu, hand sew ok! gian punya pasal la ni. haihs! tapi saiz dah diubah sikit daripada tuto yang encik google bagi. jaja buat agak tinggi sesuai untuk rest kaki bila kita duk atas sofa.

 tadaa! this is mu own hand sew floor pouf :)

kain corak tu jaja beli kat jakel bahagian langsir. dalam jaja stuff dengan baju encik hubby yang bersepah kunun nak buat kain buruk. pastu bahagian tepi dalam jaja stuff ngan fiberfill bagi dia gebu sikit. beli kat jusco.

buat posing laptop depan tv.

psst! untuk b2b, apa kata korang ubah sikit bagi rendah floor pouf ni
boleh gak jadikan bantal nikah kan?
eh boleh ke? huhuu.

Friday, October 14, 2011

3D scan baby :')

dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim
jaja cuba menulis balik dalam belog yang dah lama sunyi ni.

pada yang belum tahu
jaja dah preggy 24 minggu @ 6 bulan sekarang.
 
hari ni dapat kekuatan untuk hapdet belog kerana terlalu teruja.
al-kisah semalam 13 Oktober 2011 jaja dan hubby pegi ke Hospital UMRA, seksyen 13 Shah Alam.
temu janji dah dibuat seminggu awal untuk 3D scan baby. kunun nak tahu jantina sebab tak puas hati doc gomen duk asyik 2D je baby ni. yang nampak cuma gambar hitam putih. bila tanya baby sihat ke ok ke tak dapat respon yang detail. jadi, bertekad lah kami berdua nak invest untuk baby yang asyik duk kickboxing mommy dalam peyut ni. kebetulan kami belum tahu lagi jantina. memang la doc gomen ada gitau tapi masih tak pasti sebab 2D kan tak clear.

temu janji kul 8.30 pm, 8.15 pm kami dah tercongok kat kaunter pendaftaran akibat terlalu teruja. isi detail dalam fail dan menunggu lebih kurang 15 minit. nurse panggil untuk regular check up. timbang, tekanan darah n urine test. Alhamdulillah ok sume. so menunggu lagi dalam 30 minit sebelum doc panggil untuk buat scan. kul 9.00 pm baru la kami dipanggil masuk. dalam hati berdebar dan tak putus berdoa moga baby sihat. muka hubby lak cuak macam jaja dah nak kena beranak kat situ. haihss!

sesi scanning pun bermula. takmo banyak citer jom kita layan gambar yang sempat di snap.
 
 
gambar first la baby agak malu-malu. siap main ba-ba-cak ngan mommy lagi. terpaksa la pujuk-pujuk sikit bagi dia tunjuk muka. part bentuk muka, mata, hidung, bibir tu kami takleh nak teka lagi ikut sape. sebab baby kecik sangat lagi. berat pun baru 600 gram.


lepas pujuk baru la baby alih tangan sikit. nampak la muka sudut sisi. nampak tu telinga dia.
 

masa ni kedudukan baby songsang. means kepala kat atas. tengah aktif ni sebab marah doc kacau. sampai doc dapat rase baby tengah menumbuk peyut boyot mommy ni. doc kata baby sangat aktif. mana tak aktif, mommy dah upah makan dulu sebelum scan. lepas makan memang la baby melompat kat dalam peyut. kalau tak, tido je tanda protes mommy diet. isk!



ok last snap siap lambai kat mommy dan papa lagi. dah tak malu dah ye? ok la baby duk lelok dalam peyut mommy ye? jangan buat mommy sakit lagi. hospital dah jadi rumah kedua mommy tau sejak mengandung, mommy harap baby bagi peluang kat mommy tengok baby keluar dengan selamatnya kat dunia ni bila cukup bulan. dan membesar depan mata mommy dan papa dengan sihat. Amin. mommy redha dengan ujian Tuhan sepanjang baby dalam kandungan dan mommy bersyukur baby masih bertahan dan sihat.


doc bitau yang organ dalaman macam jantung, hati dan buah pinggang berfungsi dengan baik. tulang terbentuk dengan baik. siap bitau lagi jari baby awak cukup! saiz pun normal.
insyaAllah :')

jantina?
 part ni memang tak puas hati sebab baby siap duk bersila lagi. takmo bukak kaki. usik pun tak jadi gak. nak bagi surprise la ni. kesimpulan tak tahu la hero ke heroin. hmm. takpe la janji baby sihat mommy dah boleh senyum sampai ke telinga.

pukul 10.00 pm kami pulang dengan satu cd. duit dah melayang RM120.
tapi takpe hati kami berdua ni dah berbunga-bunga.

Monday, August 22, 2011

Ujian Dari-Nya

salam.

mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana Puan SGP menghilang? atau mungkin yang dah bosan melihat entry lama yang berhabuk. Jaja mohon maaf sekiranya ada yang kecewa sebab tak ada lagi DIY. tak ada lagi semangat berkobar-kobar nak buat itu dan ini. bukan kerana wedding Jaja yang dah mencecah 5 bulan. tapi Jaja di duga oleh-Nya. kesihatan Jaja dan baby dalam kandungan tidak mengizinkan Jaja untuk aktif berbelog. semoga bulan Ramadhan yang penuh berkat dan Syawal yang bakal menjengah membuka pintu rezeki kami berdua untuk terus mempertahankan baby yang baru mencecah 15 minggu dalam kandungan. 

doakan kami.

"Selamat Menyambut Aidilfitri"
khas untuk semua B2B, mantan B2B, followers dan silent readers

<3 <3 <3


Wednesday, May 11, 2011

ukuran baju sanding

salam.

merujuk perkara di atas, saya selaku tuan belog dengan ini ingin memaklumkan ukuran baju persandingan saya yang berwarna biru firus @ teal yang ingin dijual dengan seberapa segera.

surat rasmi la kan! penat ok mengayat skema macam tu. sudah sudah.

sesiapa yang berminat nak beli tapi takut tak fix. boleh tengok ukuran baju kat bawah ni.
sesiapa yang tak faham kenapa entry ini ditulis, sila rujuk entry ni.

ukuran baju bride :

bahu - 14 inci
pinggang - 28 inci
panjang baju depan 40 inci
panjang baju belakang - 37 inci
lengan - 22 inci
pinggul - 28 inci
 
ukuran kain bride :
pinggang - 25 inci (boleh tarik sehingga 28 inci)
panjang kain - 43 inci
pinggul - 36 inci

basi jahitan bahagian dalam - 1 inci
(yang ni untuk sesiapa yang rase nak alter untuk tambah saiz baju + kain)

ukuran baju groom : 

bahu - 19 inci
panjang baju - 32 inci
lengan - 23 inci

ukuran seluar groom :
 
pinggang - 28 inci (boleh tarik sehingga 35 inci)
panjang seluar - 41 inci

basi jahitan bahagian dalam - 1/2 inci
(yang ni untuk sesiapa yang rase nak alter untuk tambah saiz baju + kain)


Monday, May 9, 2011

my version of 3D poodle flowers :)

salam darls.

refer to my last entry bout 3D poodle flowers. jaja ada janji nak tunjuk my version kan? kan?
sepantas kilat jaja dan sorang bestie dari sekolah pegi cari kain chiffon. pilih punye pilih jaja berkenan ngan kaler mint. cantek ke korang baju grey dengan bunga kaler mint? haha lepas beli baru tanya. boleh!

dengan penuh kegigihan jaja dah siapkan 30 ketui 3D poodle flowers jaja tu. camane jaja buat? you all study la link tutorial jaja bagi tu. kalau jaja buat tutorial versi jaja pun sama dengan kot. heh!

nak tengok tak? jom layan.
 
gambar close up
memula buat memang huduh rasa nak campak kat sungai rajang je. tapi seriously agak rumit dan mesti banyak sabar especially kalau nak buat yang saiz kecik. makin kecik makin susah tau. tapi lama-lama ok la kot.
p/s :
ada yang admire my veil dan minta custom made kan dengan 3D flowers. 
insyaAllah jaja buat dengan bersungguh-sungguh.
thanks korang yang support jaja :)

Thursday, May 5, 2011

DIY poodle fabric flower

hye u olls.

rindunye nak DIY. sejak jadi wifey petang-petang je teringat balik time-time gigih menggunting. menampal. menjahit. menjerit. eh bukan. tapi macam-macam men lagi lah. tapi sekarang petang-petang duk tergolek depan tv je. rindu sangat. 

jadi untuk mengubat kerinduan puan jaja pun menggodek encik google. cari idea DIY. of coz bukan untuk wedding. sempena nak balik kenduri kezen tawen bulan 6 dan raya nanti rasa gatal tangan lak nak jahit 3D flowers kat baju. sebab baju jaja tu plain. sangat boring kan. jadi haruslah kita meriahkan dia. hehe.

kalau korang jenis yang kaki menggodek or suka beads mesti penah tengok blog beadmeplease. gambar kredit kepada empunya blog. pssst dorang tengah bukak tempahan untuk raya. pegi serang cepat! tolong iklan jap. heh. perasan tak sekarang ni tengah trend bunga 3D kat baju buat ngan kain chiffon or net. ini sama dengan kes veil jaja cuma material 3D flower veil jaja tu organza. bunga dia pun lain sikit. ni ada beberapa contoh kalau tanak imagine sendiri.





untuk kes mereka-mereka yang rajin boleh la DIY. tapi kes jaja ni bukan kes rajin. kes kedekut yang amat. haha. jom tengok tutorial. klik sini ye?

next entry jaja update my own version of poodle fabric flowers.
sabo ye kawan-kawan. tengah fikir nak beli chiffon kaler ape yang best.
baju jaja tu grey. hihik!

p/s: tak habes-habes lagi ke projek DIY. adehh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...