Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 14, 2011

review tudung akad nikah

salam.
 
atas permintaan beberapa followers.
kali ni Jaja review pasal tudung akad nikah jaja yang morocco style tu.
idea DIY ni datang lambat jugak sebenarnya. jaja dah beli pun tudung awning warna putih. tapi tudung awning jaja rasa tak praktikal masa akad nikah sebab sang suami nak cium dahi si isteri mula la terkial-kial. last-last cium awning tudung je kan?
 
 
haih. mr hubby ni cium brooch la plak. adehh!
 
lagipun morocco style kan tengah panasss sekarang. jaja pun nak jugak. hikks!
 beberapa gambar close-up tudung akad nikah jaja

tudung ni simple je sebenarnya. jaja pakai inner scarf arab + brooch + DIY shawl. itu je.
inner arab jaja buat sendiri. tapi brooch jaja beli online dari KK Collection. jaja ada order inner scarf KK Collection sebenarnya tapi warna jaja dapat agak off-white. so last minute punya pasal, jaja guna inner scarf arab warna putih sendiri pastu curi brooch dari inner scarf arab yang jaja beli. thanks tu shawluscious sebab masih ada stok inner scarf warna putih (sekmen puji blogshop sendiri ni!)

 ni view dari depan 

 ni lak view dari tepi

 
ok dah layan gambar jaja tu. kali ni nak tunjuk shawl. shawl ni jaja DIY. jenis kain adalah chiffon biasa je. jaja beli kat jakel harga RM5 je semeter. beli 1 meter. tak perlu pegi jakel, kedai kain lain pun ada kain chiffon ni. 
 
dah beli tu silalah pergi jahit tepi. jangan simpan je dalam almari ye?
lepas jahit tepi boleh la blink-blink kan dia. jaja beli beaded lace border warna pink 0.5m. kat jakel ada tapi mahal you all. jaja beli yang murah je tu. tak silap harga dia RM10 semeter. kat jakel boleh cecah RM70 semeter! pastu beli diamond yang boleh iron kat kain tu. beli 2 pack RM12 kot.

beaded lace border tu korang jahit la di tepi chiffon yang dah dijahit tepi tadi. jahit sikit je tau. jaja guna 0.5 meter je. sebab kalau korang jahit beaded lace border di sepanjang shawl tu, time pakai nampak serabut sangat dengan blink-blink kat atas kepala. tapi terpulang. bagi jaja, less is more :)

lepas jahit. boleh la iron diamond di sepanjang shawl.
tadaa ni gambar shawl yang dah siap.



agak-agak boleh ikut ke tutorial jaja ni? huuu.
last sekali cara pakai. jaja takde video atau gamabr nak tunjuk.
tapi pakai macam pakai tudung bienda.
amek bahagian yang ada beaded lace border. amek paling hujung tau. letak di kepala dan pinkan ke belakang leher. lepas tu amek hujung shawl yang lebih ke depan dan lilitkan naik ke belakang kepala. kalau buat 1 meter macam jaja buat memang sekali lilit je.
siap! :)

malas nak buat?
boleh la email jaja untuk beli shawl jaja tu. jaja nak lelong 1 set.
harga bangunan runtuh!
inner scarf arab + brooch + shawl
 
drop email kat sini ye?
shawluscious@yahoo.com

21 comments:

  1. salute kat puan jaja ni..mmg kreatif tau

    ReplyDelete
  2. jaja...sangat2 cantek okeyyyy!! teringin jugak nk buat sendiri tp mcm x reti je...ngeee

    ReplyDelete
  3. i memang tunggu je post wedd day die ...lawa kan...suka suka..

    ReplyDelete
  4. sangat cantik.sangat creative...bravo!mmg puas hati kan hasil tgn sendiri...

    ReplyDelete
  5. Salam kenal =)

    Sangat cantik Puan Jaja!! dah la kreatif.

    TQ for sharing.

    ReplyDelete
  6. kreatif sangat2.. zil hari tu nak pakai mcm ni. tp mak andam tak tahu caranya... huhuh... salute la kat jaja ni.. mcm nak kahwin semula pulak.. hihihi..

    ReplyDelete
  7. jaja..nanti dh dpt pindah shah alam leh ajar kt wat diy ke..byk nk blajar dr jaja ni..sgt kreatif ok!!hehe..

    p/s: best tak jd pengantin???hehe..

    ReplyDelete
  8. akaaaaakkkkkkk..nk jual ke????sy dh email akak.....hehehe....berminat nk beli...

    ReplyDelete
  9. :)salam
    sgt canteeekkkkkk.....dan creative.SGP memang quuen of DIY.tabik spring kat jaja.

    ReplyDelete
  10. **typing error: queen ...^_6

    ReplyDelete
  11. thanks all.. yg penting kena gigih ok! kreatif tu no nombor 2..

    cik sasa : congrats, all urs.. nt jaja email detail :)

    ReplyDelete
  12. tq kak jaja....ni email ea...........
    niesa_zabidie@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. This i great idea. I have share this in my new blog.

    Http://weddingblogclub.blogspot.com

    New blog by 4weddingku by Mya.
    Thanks

    ReplyDelete
  14. bpe puan ja nk jual? bley x email sy price die? nazalya88@gmail.com

    ReplyDelete
  15. just for info : tudung ni dah dijual kat cik niesa.. sorry tau sape2 yg interested nak beli.. insyaAllah nanti jaja bukak order utk custom made tudung n veil.. dlm perancangan.. :)

    ReplyDelete
  16. Jaja,ade pkai sanggul tk? Coz nmpk tinggi dn chanteq.. :)

    ReplyDelete
  17. Hi, saya tertarik la dgn style tudung cmni time nikah...saya nk tanya sikit, ada ayat awk "inner arab jaja buat sendiri" means awk buat sndiri ke...??inner cmni kalau pakai dgn tudung syria yg sarung tu boleh x ea..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...