Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, March 22, 2011

review akad nikah

sebelum hilang ingatan. jaja nak buat post mortem untuk majlis jaja yang lepas.
jaja mula dengan majlis akad nikah. jaja selalu ingat pesan ex B2B. jangan ingat majlis kita akan perfect. 100% betul sebab majlis takkan jadi seperti yang dirancang sepenuhnya. akan ada ralatnya. tapi kita sendiri mesti bersedia. Alhamdulillah jaja tak hadapi banyak masalah. jom tengok satu persatu kelemahan majlis akad nikah jaja.

*  *  *  *  *
  • Tok kadi pesan kedua-dua pihak mesti solat berjemaah maghrib di masjid dan majlis ijab dan kabul akan mula pada pukul 8 malam. tapi ada sedikit salah faham. rupanya tok kadi bukan nak mulakan majlis ijab dan kabul pukul 8 malam, tapi lepas solat berjemaah isya'. jadi ada yang terpaksa menunggu lama di masjid.
  • Mak andam datang agak lewat. pukul 8.15 malam baru jaja siap mekap. walhal tok kadi pesan mesti ada di masjid pukul 8 malam. apa lagi kalut dan berpeluh-peluh la pengantin. heh.
  • Kes pengantin terlupa letak mana IC. dish! jaja lupa la mesti bawak IC sebab purse jaja mak jaja yang pegang. jaja takut nak pegang sendiri sebab jaja draw banyak duit untuk malam tu untuk bayar OP dan catering. nasib baik jumpa tau.
  •  Kasut jaja tiba-tiba jadi longgar malam tu. walhal masa try kemain konfiden jalan tak tanggal kasut. nebes punya pasal kot. nasib baik ada maksu tolong pimpin tangan masa jalan nak naik dan turun masjid.
  • Jaja tak dapat dengar takliq sebab duduk jauh sangat dalam masjid. lama la jugak duduk bersimpuh kat bahagian belakang masjid. sayup-sayup je dengar suara tok kadi. yang kuat bunyi budak-budak nangis dan menjerit dalam masjid. haih! tup-tup dah lafaz rupanya. tak sempat nak feeling dan jadi bini orang. takpelah janji selamat :)
  • Kami buat acara batal air sembahyang di rumah. lucu bila pihak lelaki terpaksa tunggu lama baru boleh naik atas rumah. kunci ngan mak tapi mak kereta paling belakang. hihii nasib baik tak mengundang kemarahan sesiapa. maaf ye tak tau lak jadi camni.
  • Doorgift yang duk susun kat meja lupa nak bagi kat tetamu. hampir separuh tetamu dah balik baru la ingat. last-last terpaksa bagi kat mak mertua je tolong kirim kat tetamu yang hadir malam tu. penat tau packing. time nak bagi nape leh lupa? huuuu~
*  *  *  *  *

itu je kot kelemahan yang jaja leh cerita. tapi kelemahan ni semua tak mencacatkan sangat pun majlis akad nikah jaja. jaja bersyukur sebab malam tu cuaca pun elok je. hujan renyai-renyai. sehari sebelum tu dah la hujan lebat. siap blackout la satu kampung jaja ni.nak nangis kalau malam akad nikah macam tu kan. lagi satu jaja sangat suka ngan OP jaja yang last minit book ni. thanks to encik Tahir Photoaura. best sangat! 2 thumps up! walaupun didera dengan segala bagai posing. tapi semua orang ceria malam tu. OP yang sangat sporting dan lucu!

layan gambar dari kamera sendiri dulu.

dengan sepupu a.k.a pengapit yang gojes :)

 sang suami sarungkan cincin di jari isteri.

 giliran sang isteri menyarungkan cincin.


hadiah dari mak mertua untuk menantu bungsunya.

10 comments:

  1. betul..setiap majlis kite buat mesti ada kurangnya..sebut buat sendiri kan? kalau ade wedding planner lain pulak citenye ;)

    ReplyDelete
  2. tahniah dear on ur wedding. sbnrya Qaseh silent reader kat blog jaja nih. u r really inspired me, terutamanya bab2 persiapan w-day. byk pengalaman jaja kat sini Qaseh jdkan panduan utk kenduri Qaseh next december.

    ReplyDelete
  3. ada je benda yg kita terlupa n terlepas pandang masa majlis. adat la kot. setakat benda kecik2 maybe kita bleh maafkan diri sendiri tapi bila melibatkan benda besar rasa mcm geram je kan hehe.

    btw tudung nikah cantikk. diy ke beli memana?

    ReplyDelete
  4. biasela tu ade kekurangan sket...hehe

    btw i adore cara u pakai tudung...sgt gojes okey

    ReplyDelete
  5. welcome back jaja!! amy tertunggu2 ur entri. btw, mmg tak kan perfect 100%. melainkan ada reheasal berkali2, mungkin akan perfect lah kan. hehehe... nanti update more details ok. ;)

    ReplyDelete
  6. intan : betul tu, bila diri sendiri jadi wed planner ni lah jadinye.. hehe

    qaseh : thanks dear sudi jd reader kt SGP yg xseberapa ni.. insyaAllah jaja update lg review my wed :)

    lind : kompem geram, huhu! tudung diy tu, beli kain chiffon pastu jahit beaded lace border..

    ekin & nana : thanks dear :)

    amy : tula bila xrehearsal, byk la yg xterfikir akan jadi time tu.. hihii

    ReplyDelete
  7. Tahniah! tudung masa nikah tu cantik sangat =)

    ReplyDelete
  8. heart sy ngn tudung u...jatuh cinta suda...apepun congrate k

    ReplyDelete
  9. perhhh ciap mak mertua bagi adiah agi tuk menentu bongsu...eehheheh sonok lah kak ape pun selamat lah segala2 nye k kak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...