Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 1, 2010

baju sanding Jaja :)

hye all..

Jaja ada janji nak tunjuk naju sanding Jaja kan?
so here it is. baju Jaja yang dah siap Jaja tak snap pun.
ini cuma kain alas satin silk + beaded lace


untuk satin silk Jaja beli kat Jakel Shah Alam. kebetulan masa beli tahun lepas tengah sale. (macam asyik sale je encik jakel tu). Jaja dan encik b terus berkenan dengan kain ni. tak silap harga RM30 semeter. so kami berdua pakai 8.5 meter. total lost RM255

lepas beli baru menyesal sebab berkenan ngan chiffon silk. xpelah. kami bajet ciput je. mesti sedar diri ok!

beaded lace pulak Jaja beli kat kelantan. Laila Rawas name kedai tu. entah la masa beli tu Jaja memang tak banyak fikir. berkenan dan terus amek. terus keluar kad kredit. haih! semeter harga RM79 Jaja beli 3.5 m. total lost RM276.50

lepas beli terus pegi jahit. sepupu Jaja rekemen Dzul Classique kat kajang. kami aim siap before tunang sebab baju sanding Jaja buat gubahan hantaran untuk bertunang. alhamdulillah siap before raya hari tu. Jaja buat baju kurung moden simple je. nanti Jaja share gambar baju yang siap. belum snap lagi coz lepas tunang hari tu terus bagi kat orang jahit bead. upah jahit untuk sepasang baju RM260. agak murah untuk jahitan yang sangat OK. recommended especially untuk baju melayu. sangat kemas dan sulaman yang cantik! encik b suka lah tu orang puji baju dia.

kenapa warna teal?



sebab encik google telah menemukan Jaja dengan gambar ini dan Jaja terus jatuh chenta pandang pertama. tak tau kenapa suke sangat ngan gabungan warna teal + lace hitam.

encik b pun suka.
mak pun suka.
makcik pakcik pun suka.
jiran-jiran tak tanya lah pulak suka ke tak.
kira suka sama suka lah ni. heh. merepek!

tak sabar nak tengok hasil beading :)

opst belum DIY veil lagi!

ayyakkk!

8 comments:

  1. wow lawanya!! tak sabar nak tengok baju u..mesti meletops yeay ^__^

    ReplyDelete
  2. sy pon cadang nak anta tempahan baju nikah dekat Dzul Classique, mebi awal tahun depan gi anta skali dgn baju melayu..

    ReplyDelete
  3. cantikkk..
    x sabar nak tgk sepenuhya..
    happy wedding;-)

    ReplyDelete
  4. jaja, boleh tak nak tahu, butik dzull tu kt ne ek? yg blkg metro kajang tu ke?

    ReplyDelete
  5. chantek lah jaja... awak kulit cerah, mmg cun dah dengan teal color.

    ReplyDelete
  6. rm260 tu utk baju perempuan saje or laki dan pompuan? tahu tak kalo baju melayu lelaki dzulq amik berapa?

    ReplyDelete
  7. cikSyafa: baju Jaja simple je.. xde pun kain meleret2.. huhu~

    kasut pink : recommended baju melayu kat dZul.. mmg terbaik!

    Cma: nanti Jaja share baju yg dah siap beading.. tungguuuuu!

    Hani: sorry Jaja baru je bukak blog.. ha,ah area belakang metro kajang..

    amy: mane ade cerah.. risau ni.. takut pengantin tenggelam ngan baju sendiri :(

    anaztasias: masih hunting kain net untuk DIY veil..

    si kecil : rm260 tu for both.. if baju melayu xsilap rm110 je kot.. sekali ngan sulam :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...