Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

saya sayang cikgu Nurhasliza :)

hari ni lari topik sikit dari wedding. Jaja ada 15 pengakuan student Jaja untuk tahun ni. Jaja boleh kata kelas dorang la yang selalu buat bp Jaja naik membuak! tapi at last, Jaja sayang mereka semua. deep in my heart. sangat terharu bila baca pengakuan dorang sume.

PENGAKUAN 1:

Walaupun beliau tidak pernah mengajar saya tapi saya ada kenangan manis ketika berbual dengan beliau. beliau seorang yang 'sporting' dan peramah. saya suka cikgu Nurhasliza sebab beliau cantik dan cantik di dalaman juga. sejak saya sempat berkenalan bersama beliau, beliau seorang jiran yang baik dan mengambil berat. saya ucapkan terima kasih kepada beliau.

"saya memohon maaf ketika berbual dengan cikgu manalah tahu kalau ada tersilap bahasa" setakat ini sahaja dapat saya tulis. InsyaAllah kalau usia masih panjang kita bersua lagi.

"saya sayang cikgu Nurhasliza"

PENGAKUAN 2:

kenangan pahit dan manis saya bersama cikgu Nurhasliza apabila cikgu masuk mengajar kami, kami rasa seronok dengan cikgu yang baik hati dan sangat cantik dilihat. dengan kata akhir saya daripada cikgu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu yang mengajar kami dalam subjek pendidikan moral. kerana selama cikgu mengajar kami. kami rasa senang hati inilah kali pertama kami melihat cikgu yang baik dan secantik seperti..............?

PENGAKUAN 3:

kenangan manis:
- cikgu bersabar dengan sikap kami yang nakal
- cikgu tidak pernah tengking-tengking kami
- i love u cikgu nurhasliza

kenangan pahit:
- cikgu tidak mahu beri nombor telefon cikgu apabila saya minta
- i love u cikgu

PENGAKUAN 4:

kenangan manis:
1) cikgu sentiasa senyum selalu
2) cikgu cantik bila senyum
3) cikgu suka suruh saya buat kerja rumah

kenangan pahit:
-
-
-

PENGAKUAN 5:

kenangan manid saya bersama cikgu ialah belajar bersama-sama dgn cikgu dan bergembira bersama-sama cikgu. tetapi saya tak ada kenangan pahit bersama dgn cikgu. sebab cikgu tak pernah marah saya walau pun saya nakal apabila cikgu mengajar.

dgn itu juga saya mahu minta maaf dgn cikgu kalau saya ada mengyingggung perasaan cikgu atau menyakitkan hati cikgu sepanjang cikgu mengajar saya di sekolah ini.

kalau cikgu nak kenal siapa yang tulis, cikgu hanya teka nama saya MR.M... yang selebihnya cikgu cari sendiri.

PENGAKUAN 6:

pengalaman manis bersama cikgu Nurhasliza.
- semasa cikgu menceritakan latar belakang keluarga cikgu, diri cikgu dan kekasih cikgu.
- cikgu juga bercerita tentang zaman kecil cikgu
- cikgu sporting, saya suka perlakuan cikgu yang lemah lembut dan sabar

pengalan pahit,
- tidak ada.

PENGAKUAN 7:

kenangan manis:

kenangan manis dengan cikgu tidak dapat kami lupakan. cikgu Nurhasliza sangat baik dan cikgu tidak pernah marah pada kami. walaupun kami bising cikgu Nurhasliza tidak pernah pukul kami. kami ingin meminta maaf kepada cikgu Nurhasliza atas kesalahan saya dan saya selalu degil dan tidak mahu mendengar cakap cikgu selama ini. saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. permintaan terakhir saya ialah saya berharap kalau cikgu Nurhasliza dapat mengajar kami lagi tahun depan.

PENGAKUAN 8:

pada tahun 2010 ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pendidikan moral iaitu Nurhasliza. banyak kenangan manis dan pahit yang kami alami dan sebagainya. first time dapat cikgu moral cantik tu... cikgu yang selalu senyum, lemah-lembut dan cantik lagi tu... kalau berkahwin beritahu oo.. boleh buat majlis perkahwinan. minta maaf cikgu oo... P.U.H.

PENGAKUAN 9:

- cikgu baik hati dan sporting
- cikgu tidak garang
- cikgu pernah marah dan nangis semasa memarahi kami

"terima kasih kerana membimbing kami dengan baik"

PENGAKUAN 10:

pengalaman manis.
1. cikgu Nurhasliza tidak pernah marah
2. cikgu baik hati, sporting
3. cikgu mengajar kami dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang

pengalaman pahit.
1. tiada

permintaan terakhir.
1. tahun depan ajar kami lagi

PENGAKUAN 11:

kenangan manis dan pahit bersama cikgu Nurhasliza.kenangan manis ialah ketika kami membuat kerja amal bersama, belajar bersama dan cikgu baik hati tidak pernah marah orang. kenangan pahit tiada.

PENGAKUAN 12:

kenangan manis:
1) menjalankan aktiviti kerja amalpada waktu petang
2) cikgu sporting semasa sportcheck dijalankan
3) cikgu baik hati
4) cikgu seorang yang bersabar

kenangan pahit:
1) semasa cikgu memarahi kami semasa kami membuat bising.

cikgu, kami minta maaf kerana berbuat salah terhadap cikgu... terima kasih cikgu kerana bersabar dan berjasa kepada kami.

TERIMA KASIH CIKGU...

tahun depan ajar kami lagi cikgu...

PENGAKUAN 13:

kenangan manis.
- cikgu sentiasa senyum selalu
- cikgu bersemangat mengajar kami walaupun kami bising
- cikgu cantik...

PENGAKUAN 14:

- cikgu sentiasa senyum selalu
- cikgu bersemangat mengajar kami walaupun kami bising.
- cikgu selalu bawa saya pergi tengok wayang (jangan percaya!)
- cikgu sentiasa berjalan-jalan dengan saya (jangan percaya!)
- cikgu cantik bila senyum

PENGAKUAN 15:

kenangan pahit dan manis saya dengan cikgu Nurhasliza. saya tidak ada kenangan pahit dengan cikgu tetapi saya ada banyak kenangan manis yang tidak terhitung. itu sahaja daripada saya. first time dapat cikgu moral yang cantik.. hu... hu...

"sulu ambai kesulai"

- pengerindu bekulat

4 comments:

  1. salamm..hey..cute..baik nye cikgu jaja ni..=)
    tahniah cikgu kerana berjaya menjadi cikgu yg sayangi...=)

    ReplyDelete
  2. ni 1st ye Jaja jd cikgu.. byk lg yg perlu dibaiki.. cute kan dorang ni sume? kelas budak2 nakal ni :)

    ReplyDelete
  3. seronok yer dpt jd cikgu..cite2 yg xkesampaian..sob sob..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...