Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 17, 2010

Salam Edul Adha

salam semua :)

hari ni berkisar cerita raya haji. 1st time Jaja raya di tempat orang. berdua je. opst bukan dengan suami. dengan kawan serumah okei. 

: al-kisah raya haji cara kami :

pagi tadi dikejutkan dengan bunyi sms. Kak Afni rupanya. Kak Afni ni Jaja kenal sebab beli inner scarf kat shawluscious. blogshop Jaja. kebetulan dia pun cikgu gak. mengajar di Sibu sama dengan Jaja. so, pagi tadi terus bersiap ke rumahnya. ada open house. sebelum bertolak sempat call ma. wish selamat raya haji + mintak ampun tak balik raya. 
masa call maa rasa syahdu menyelinap.
shuh pergi kau rasa sedih jauh-jauh. tak nak sedih okei!

semangat berbaju kurung :)

driver yang photo gedix! (maafkan pipi Jaja yang bambam tu)
sampai rumah Kak Afni. terus terkam makan nasi himpit, rendang n mee kari. best!
thanks akak coz buat raya kami agak bermakna. walaupun tak balik, bila g open house, tak la sedih sangat rasa. terasa gak suasana hari raya. 

then, next destination. SCR (singapore chicken rice). dah kenyang sebenarnya tapi masih rasa nak pergi sana. takut sedih nanti bila balik rumah. ye lah Jaja tinggal berdua. tak meriah sangat time di rumah. terkebil-kebil. housemate tengok muka Jaja. Jaja tengok muka dia balik. haha. begitulah hidup kami bila tak keluar rumah. haih! kat SCR Jaja order mee goreng mamak + 3 sour drink. sempat gak snap untuk share kat sini.

mee goreng mamak + 3 sour drink @ SCR

okei Jaja makan tak habis. orang tamak yang tak reti berhenti makan. huh!

habis makan, kami pegi rumah kawan. kebetulan dia tak balik lagi semenanjung coz esok still sekolah. sebelum sampai sempat snap beberapa scenes raya kat bandar Sibu ni.

rombongan makcik kiah

mat rempit yang insaf

scene paling best! abg besar bermotor besar g berkonvoi raya!

sampai rumah kawan melepak la kat sana sejam.
tengok tv sambil golek-golek kat rumah orang sambil makan double decker perisa ayam.
keje orang yang tak ada keje!

mc tiey + nurul bergaya kat langsir pokok.kelasss!
okei lepas habis tengok tv kami pegi shopping complex. delta mall. beli vcd
(sssshhhhhh.. jangan bgtau orang Jaja beli vcd cetak rompak)
hangus duitku RM10! tak pe esok tak la boring duk rumah.

last destination. tasek bukit lima. tempat kami paling suka! tenang dan aman kat sini. bila kami rasa nak tenangkan fikiran, kami datang sini. so sesuai la hari ni kami pegi. at least tak sedih sangat beraya kat tempat orang. sempat lagi kami tapau secret recipe makan kat tasek.

tadaa secret recipe cheese cake!

muka lemau beraya sakan.
dah senja pun. tengok matahari dah nak terbenam.

that's all yang kami buat untuk raya haji. tak best pun kan?
tapi am enjoying my day. thanks to housemate yang memang kaki jalan gak.

semoga tahun depan kami dapat beraya dengan keluarga tersayang.
really miss my family rite now. huk!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...