Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 28, 2010

kertas kotak scroll

salam

atas permintaan silent reader yang bernama cahaya.
cahaya ada tanya Jaja bajet untuk 1 pc scroll invitation Jaja, kat mana beli material & kertas jenis ape? so here are d answers :)
Jaja masih tak tahu exact budget untuk scroll invitation Jaja sebab Jaja belum tahu cost untuk printing. insyaAllah bulan 12 Jaja settle kan printing & deco supaya Jaja boleh share budget sebenar untuk custom made invitation Jaja ni. anggaran Jaja boleh cakap kurang RM1. dah sangat lah berbaloi-baloi sebab market price untuk scroll invitation yang Jaja penah tanya for 800 pc adalah RM2.80/pc

kat mana Jaja beli kertas?
Jaja beli kertas untuk buat kotak scroll invitation Jaja kat Jalan Brunei. agak susah untuk Jaja describe lokasi Jalan Brunei ni coz Jaja tak expert jalan KL. harap kat encik b je jadi driver. heh.

senang je nak jumpa Jalan Brunei ni.
(RAHSIA: kami sesat jugak first time pegi!)
paling senang korang mula dari Berjaya Times Square, KL. Jaja print screen map dari google map.
klik untuk tumbesaran

klik untuk tumbesaran

kedai mana tu Jaja lupa la. sorry sangat. kedai tu locate belakang shell Jalan Brunei. ada 1 kedai abang india yang jual banyak kertas. rasanya kat lorong tu dia je india, yg lain kebanyakan berbangsa cina. kedai ni paling murah yang kami survey. kertas kotak Jaja berharga RM0.18 sekeping. untuk buat 1 kotak scroll Jaja perlukan 2 kertas bersaiz A4. satu bekas, satu lagi penutup dia. jadi modal RM0.36 untuk 1 kotak.

kertas jenis apa?

Jaja lupa jugak. sorry dear. tapi nanti pergi kedai tu boleh pilih. banyak sangat jenis kertas yang ada. kaler pun banyak pilihan gak. tapi kalau nak jimat, sila beli kertas bersaiz manila kad & mintak dia potong. lagi cut cost! masuk ngan upah potong kertas masih jimat daripada terus beli yang dah bersaiz A4. kenapa? tak tahulah. Jaja ikut je cakap abang india tu. dia yang suggest.

insyaAllah bulan 12 Jaja akan muncul lagi di Jalan Brunei. Jaja snap pic kedai tu.

haa alang-alang cite sal Jalan Brunei. sapa tau kedai murah for printing area tu?
tolong Jaja kawan-kawan :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...