Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, August 24, 2010

scroll invitation box tutorial

seperti yang Jaja janji.
hari ini tiba-tiba rajin nak bagi tutorial. sorry if korang tak faham tutorial Jaja yang messy ni!Kalau korang semua nak yang lagi detail, Jaja suggest korang pergi kat sini ok? Website ni bagi tutorial untuk buat note box tapi Jaja alter jadi kotak invitation box Jaja sebab Jaja rasa yang ni paling senang nak ikut. tak banyak gunting dan lipat. Apa-apa pun jom layan picture tutorial Jaja kat bawah ni. opps sebelum lupa. tutorial ni untuk penutup kotak tau sizenya. kotaknya Jaja buat kecik sikit supaya boleh masuk penutup ni.


Jaja pakai card paper warna putih. Jaja beli kat Jalan Brunei 1600 pc for 800 boxes.
About the scor-pal, In case korang tak ada, boleh buat garisan guna pen yang tak berdakwat dan garis macam biasa supaya senang nak lipat nanti.


Jom garis! Jaja gariskan kat 1.5" dan 3" dari tepi kertas (kanan dan kiri)


Lepas tu dengan ukuran yang sama, garis lagi kat atas dan bawah kertas.


Ini hasilnya. kertas yang bersilang-silang dengan garisan.


masa untuk potong2! rujuk gambar ya tang mana yang nak di potong. heh.

lepas potong boleh la lipat bahagian yang korang main garis2 tadi.


ok yang ni part susah nak explain. tapi tengok gambar la ye? mula-mula lipat dulu bahagian panjang ke dalam dan lekat dengan double sided (optional). tak nak lekat pun tak apa sebab memang dah lekat pun. cuma nak bagi kemas :)


lepas lekat, boleh la lipat bahagian yang pendek ni. cara lipat tengok gambar kat bawah ni.


kotak dah hampir siap.


dah siap! gambar kat bawah adalah pandangan dari atas. kotak tu nanti korang hias la ikut kreativiti masing-masing. yang kat bawah tu bukan final lagi tau. nanti lah Jaja hias dulu cantik-cantik baru letak kat sini ye. Jaja letak sticker je dulu.


harap tutorial ini dapat membantu sapa-sapa yang berminat nak DIY kotak. tak kisah la kotak apa pun. untuk doorgift ke. untuk kad. even untuk hantaran! tapi size mesti alter sendiri la ye?
ok la jari Jaja dah kebas. jumpa lagi ye. GOOD LUCK!

11 comments:

  1. nang gigih ko...ish ish ish....naper tak suroh budak2 4a4 or 4a3 tolong sekali....^_^

    ReplyDelete
  2. haha tok sik gigih namanya. tok carik masalah! ngee tapi xpe.. suke :)

    ReplyDelete
  3. kak jaja.. mane u beli scor pal ni? i nak beli jgakla.. cril jgak blog mane yg ade pkai scor pal ni.. hehe.. rupanye kt sini.. :)
    email me.. ye
    j4z_aj@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  4. waaa..mne nak beli benda alah tu ek?? kat swak jeke ade?? klu nak kirim bole x? muahaha..

    ReplyDelete
  5. jazzey : alamak baru perasan komen ni. will email u asap.
    wina : scor pal ni jaja beli online. overseas. kat malaysia macam xde je. dah hunting tp xjumpe.

    ReplyDelete
  6. suka nye jumpe DIY nih....amik template yea...credit utk u...THANKS...!

    ReplyDelete
  7. ohhh. da jumpa dah tutorial ini!
    sangat hebat~
    tq~ tq~

    *memberi kata2 manis sebelum mencedok idea ini. wink wink* =)

    ReplyDelete
  8. WillBe.Mrs : sila la amek.. free of charge.. hihii

    Anis: cedok jgn tak cedok :P

    ReplyDelete
  9. jaja, boleh bagitaw mana beli scroll pal niy?

    email nad ya : nornadiah@bernas.com.my

    ReplyDelete
  10. brp RM jaja beli scor-pal tu..?
    ada nampak kat blog scrap n crop jual RM149.90..
    ngee~

    ReplyDelete
  11. hye, saya ted, boleh saya tahu size kertas kad tu? sbb saya buat guna kertas A4 macam besar sikit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...