Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 14, 2011

3D scan baby :')

dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim
jaja cuba menulis balik dalam belog yang dah lama sunyi ni.

pada yang belum tahu
jaja dah preggy 24 minggu @ 6 bulan sekarang.
 
hari ni dapat kekuatan untuk hapdet belog kerana terlalu teruja.
al-kisah semalam 13 Oktober 2011 jaja dan hubby pegi ke Hospital UMRA, seksyen 13 Shah Alam.
temu janji dah dibuat seminggu awal untuk 3D scan baby. kunun nak tahu jantina sebab tak puas hati doc gomen duk asyik 2D je baby ni. yang nampak cuma gambar hitam putih. bila tanya baby sihat ke ok ke tak dapat respon yang detail. jadi, bertekad lah kami berdua nak invest untuk baby yang asyik duk kickboxing mommy dalam peyut ni. kebetulan kami belum tahu lagi jantina. memang la doc gomen ada gitau tapi masih tak pasti sebab 2D kan tak clear.

temu janji kul 8.30 pm, 8.15 pm kami dah tercongok kat kaunter pendaftaran akibat terlalu teruja. isi detail dalam fail dan menunggu lebih kurang 15 minit. nurse panggil untuk regular check up. timbang, tekanan darah n urine test. Alhamdulillah ok sume. so menunggu lagi dalam 30 minit sebelum doc panggil untuk buat scan. kul 9.00 pm baru la kami dipanggil masuk. dalam hati berdebar dan tak putus berdoa moga baby sihat. muka hubby lak cuak macam jaja dah nak kena beranak kat situ. haihss!

sesi scanning pun bermula. takmo banyak citer jom kita layan gambar yang sempat di snap.
 
 
gambar first la baby agak malu-malu. siap main ba-ba-cak ngan mommy lagi. terpaksa la pujuk-pujuk sikit bagi dia tunjuk muka. part bentuk muka, mata, hidung, bibir tu kami takleh nak teka lagi ikut sape. sebab baby kecik sangat lagi. berat pun baru 600 gram.


lepas pujuk baru la baby alih tangan sikit. nampak la muka sudut sisi. nampak tu telinga dia.
 

masa ni kedudukan baby songsang. means kepala kat atas. tengah aktif ni sebab marah doc kacau. sampai doc dapat rase baby tengah menumbuk peyut boyot mommy ni. doc kata baby sangat aktif. mana tak aktif, mommy dah upah makan dulu sebelum scan. lepas makan memang la baby melompat kat dalam peyut. kalau tak, tido je tanda protes mommy diet. isk!



ok last snap siap lambai kat mommy dan papa lagi. dah tak malu dah ye? ok la baby duk lelok dalam peyut mommy ye? jangan buat mommy sakit lagi. hospital dah jadi rumah kedua mommy tau sejak mengandung, mommy harap baby bagi peluang kat mommy tengok baby keluar dengan selamatnya kat dunia ni bila cukup bulan. dan membesar depan mata mommy dan papa dengan sihat. Amin. mommy redha dengan ujian Tuhan sepanjang baby dalam kandungan dan mommy bersyukur baby masih bertahan dan sihat.


doc bitau yang organ dalaman macam jantung, hati dan buah pinggang berfungsi dengan baik. tulang terbentuk dengan baik. siap bitau lagi jari baby awak cukup! saiz pun normal.
insyaAllah :')

jantina?
 part ni memang tak puas hati sebab baby siap duk bersila lagi. takmo bukak kaki. usik pun tak jadi gak. nak bagi surprise la ni. kesimpulan tak tahu la hero ke heroin. hmm. takpe la janji baby sihat mommy dah boleh senyum sampai ke telinga.

pukul 10.00 pm kami pulang dengan satu cd. duit dah melayang RM120.
tapi takpe hati kami berdua ni dah berbunga-bunga.

8 comments:

  1. alhamdulillah....
    semoga semuanya selamat....

    ReplyDelete
  2. Subhanaallah...

    semoga semuanya selamat yer..

    jaga diri..=)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semua selamat..satu keajaiban Allah kan? :) take care dear..

    ReplyDelete
  4. mesti comel baby u all nnt.. hehe.. semoga baby n mamanya sihat :)

    ReplyDelete
  5. best! thniah jaja!....hepi nyer...tumpang gembira...

    ReplyDelete
  6. taniah!!yana pulak masih lagi menanti bila agaknya..

    ReplyDelete
  7. waahh..clear nye gambar tu..nway, congrats.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...