Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

meow city with hubby

salam.
fuhh kepenatan tapi berdegil nak buat rumusan cuti 3 hari dengan encik suami ke Kuching. iye! jaja ke Kuching! kali ni dengan encik suami. motif? boring terperap di rumah kot. heh. unplanned trip sebenarnye. main redah je. drive lebih kurang 6 jam dari Sibu ke Kuching. untuk bersikap adil lagi saksama. kami drive 3 jam sorang. adil kan? kan? tengok la betapa happy nye kami berdua dalam perjalanan ke Kuching.


gambar kat atas ni cuma gimik semata-mata. jumaat malam kami sampai. singgah makan di Hills Shopping Mall. makan di Kim Bay Macau Restaurant. best la jugak. makan steam rice dan cuci mulut ngan banana split setelah penat drive.





malam tu dengan malas nak survey tempat nak tido yang best-best kami terus check in di Hua Kuok Inn. big NO-NO! ala nama lagi hotel murah so tak boleh expect lebih ok. hee!

misi pertama hari Sabtu pegi ke Serikin. cuci mata dulu. tempat ni lebih kurang pasar kat Rantau Panjang kalau kat kelantan. majoriti penjual adalah orang Indonesia. sebab Serikin ni sempadan dengan Kalimantan. tapi jaga! kalau korang dah cakap pun tak bunyi sarawak kompem melambung-lambung harganya. so kami pun jalan-jalan je la. tanak beli pape. boikot la konon!






dari pukul 8 sampai pukul 9.30 kami di Serikin. tak tahan panas kami belah. singgah di Gua Angin di Bau. teruja nak masuk gua. tapi last-last kami tak masuk pun. tak berani! bayangkan kami berdua je ada kat situ. dan cuma diberi 2 lampu suluh malap. masuk ke gua yang gelap amat. oh tidak! tak mampu ok! ada 3 gua kat situ. gua pertama ambil masa 30 minit. gua 2 dan gua 3 cuma 10 minit je dah boleh kua. kami cuma berjaya masuk gua 2 sebab bulu roma dah tegak. berpeluh-peluh main tolak-tolak sapa nak pegi dulu. haha buat malu je kat pakcik jual tiket. b. tolongla jangan ajak pegi gua lagi ok. seram!



tengahari kami teruskan perjalanan ke Sarawak Cultural Village. sempat singgah di Santubong makan nasi ayam penyek. sampai kat sana dah pukul 1 kot. panas pun takpe. semangat ok. fee masuk RM60 tapi sebab jaja keje kat sarawak dia charge RM25 je sorang.



jalan-jalan tengah panas terik ke rumah panjang. best! boleh tengok seni bina rumah panjang dan kenal budaya orang sarawak. Cultural Village ni betul-betul terletak di kaki Gunung Ledang. so udara sangat nyaman walaupun tengahari panas.







pukul 5 pm kami belah. balik ke town. check in di Penview Hotel. 2 thumps up! walaupun hotel ni cuma hotel 3 bintang tapi hotel sangat cantik. lupa nak snap gambar seketul. tapi cantik la. rate untuk standard room cuma RM80, dapat breakfast for 2 lagi. dan dijamin halal. heee.

malam tu kami lepak di Waterfront. hajat di hati nak makan mi kolok or laksa sarawak. tapi semua dah habis. so makan nasi goreng biasa je. lepas makan jalan-jalan sambil beli souvenier dan kek lapis. encik suami beli sampai 6 ketul bawak balik shah alam. melampau! hihi.

Ahad pagi aktiviti santai di The Spring. frust sebenarnya kami nak pegi Cat Museum tapi tutup sebab public holiday (labour day). jalan-jalan sambil percubaan beli baju tapi frust semua saiz jaja biasa pakai tak muat. TAK MUAT! aduhh kenapa ni. tanak terima kenyataan berat dah naik 7kg! ok puan jaja berjanji akan control makan lepas ni dengan bersungguh-sungguh! uhukk!

lepas makan mi kolok dan laksa sarawak di food court The Spring kami pun belah meninggalkan Kuching pukul 12 pm. singgah di Jong's Crocodile Farm. tengok boya! fee masuk RM16 sorang. selain boya ada banyak lagi haiwan lain yang boleh tengok kat sini. dah macam zoo dah. tapi jaja suka beaver kat bawah ni. sangat manja ok. siap buat aksi golek-golek depan jaja. chumel betul. tapi bau ya ampun. menusuk!




peristiwa tak best bila kami kena simbah dengan air boya tu time dorang berebut makan ayam. ish musyuk! uwek! padan muka sapa suruh duduk depan gate. kang dah kena. sabo je la.



kul 2.30 pm kami pun belah ke Sibu. jap je pegi tapi seronok. nest trip nak pegi melaka lak. nak explore sana. baru sekali je pegi sana. tu pun rombongan masa kat UPSI dulu. b2b yang belum sampai ke Kuching or ada plan nak pegi boleh la teruskan plan korang. berbaloi-baloi!

okla sampai sini dulu.
daa!

8 comments:

  1. wow. sangat best adhoc plans =)
    "Cultural Village ni betul-betul terletak di kaki Gunung Ledang"
    kat sana pun ada gunung ledang?

    ReplyDelete
  2. wah hanimunnn tengok boye hehe.srwk salah satu tpt yg tingin nak pegii

    ReplyDelete
  3. bestnye laaa....ni x sbr nk kawen ni :P

    ReplyDelete
  4. jangan ko kaki gunung ledang!! Gunung Santubong la! hahahahahahahahahaha!

    ReplyDelete
  5. haha salah info.. ampun! gunung santubong sebenarnye.. hehe.. geografi fail ok!

    ReplyDelete
  6. jaja..husband kite kat sibu..ari tu masa weekend time pilihan raya..kite gi kucing gak..tp xsempat berjalan gi banyak tempat pn..hehe..
    pas bce entry ni..leh plan gi jalan2 kat tempat jaja gi ni...

    ReplyDelete
  7. sweet together!

    best je jln2..xpenah smpi sne lg..

    ReplyDelete
  8. teringat kenangan honeymoon kt sana ! waa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...